Thursday, 19 May 2011

Sokongan terhadap Nik Aziz semakin menurun??


Sokongan terhadap Nik Aziz semakin menurun


HAHAHAHAHAHA! Bahkan sokongan terhadap UTUSAN MELAYU yang semakin menjunam, memaksa tajuk berita di atas terpaksa disiarkan di akhbar Berita Harian.

Berikut beberapa kenyataan di Berita Harian:
Bagaimanapun, kajian oleh Social Matrix Research (SOCMAT) itu mendapati penerimaan rakyat Kelantan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed melonjak kepada 31 peratus berbanding enam peratus pada 2006, manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin meningkat kepada sembilan peratus.
 SOCMAT? Menatang rimau socmat ni?? Untuk info lebih lanjut, rujuk http://www.socmatrix.my ( website ni baru siap semalam) dan jugak facebook Socmat. (pun baru siap sebulan lepas 19 april 2011). ngam2 untuk siar kajian ni~ heheheheheh~

Beliau yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang, berkata kaji selidik membabitkan 3,000 responden berumur 21 hingga 102 tahun dan setiap mereka dihubungi sekali lagi untuk pengesahan bagi memastikan integriti hasil kajian.Kaji selidik yang dinamakan Tinjauan Kepekaan Penduduk Tentang Kepemimpinan Kelantan 2011 itu dilakukan pada Mac lalu. Kaji selidik sama pernah dilakukan oleh syarikat berkenaan pada 2006. 

Penasihat SOCMAT, Dr Khairudin Damhoeri, berkata kaji selidik juga mendapati pemimpin PAS lain seperti Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, gagal mengulangi pencapaian hebat lima tahun lalu, sekali gus menunjukkan kedudukan PAS untuk mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang amat getir. 
"Kajian ini tidak memihak kepada sesiapa kerana ia pernah dilakukan pada 2006. Ketika itu kami dapati PAS amat popular dan sukar untuk UMNO mengambil alih kerajaan. Bagaimanapun, kali ini, kaji selidik mendapati Barisan Nasional (BN) sudah mendapat tempat kerana selepas Nik Aziz, populariti adalah kepada Mustapa dan Awang Adek," katanya kepada Berita Harian. 
Hahahahaha!!! Tak jaga hati langsung kajian ni! Kalau ikut logik, Anuar Musa sepatutnya No 1!  Populariti Anuar Musa kini mencanak tinggi mengatasi tokoh paling popular Kelantan, Ibrahim 'Katak' Ali terutama selepas Red Warrior membelasah Red Giant dengan agregat 6-2.

Kajian juga mendapati golongan yang menyukai Nik Aziz adalah yang berusia 51 tahun ke atas dan bawah 30 tahun, manakala Mustapa menerima sokongan mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun.
Beliau menegaskan hasil kajian pada 2006 menunjukkan rakyat Kelantan tetap akan memilih PAS walaupun Nik Aziz meletakkan jawatan ketika itu.
“Bagaimanapun, kali ini, jika Nik Aziz meletak jawatan BN dijangka akan kembali merampas Kelantan,” katanya.
Rampas Kelantan?? In your DREAM, Stopa~

Ditanya mengenai punca kemerosotan sokongan terhadap Nik Aziz, beliau berkata, rakyat Kelantan belum dapat menerima kerjasama PAS dengan pakatan pembangkang, terutama DAP.


Katanya, sebelum ini PAS melaungkan dasarnya menegak Islam dan menentang pihak yang berkawan dengan kafir, tetapi kini parti itu sendiri sudah berbaik dengan DAP yang jelas menentang Islam.
"Faktor kedua adalah perpecahan dalam PAS berikutan ada kem Erdogan, iaitu kepemimpinan profesional seperti Husam dan Dr Hatta Ramli. Selain itu, ada kumpulan kerajaan perpaduan terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali serta kumpulan tradisional yang diketuai Mohamad Sabu.
“Penurunan populariti Nik Aziz juga berpunca daripada menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam kes Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK),” katanya.
Blueeekkkk~ Makanan basi... sudah berulang kali ditayang roti busuk ini~ udah tidak tertahan aku akan baunya, apatah lagi menjamahnya.
Dr Khairudin berkata, isu pelbagai fatwa yang dikeluarkan Nik Aziz, mengelirukan orang Melayu sehingga menyebabkan mereka tidak lagi yakin padanya.
SOCMAT ditubuhkan sebagai badan perunding bebas kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat yang mahu mendapat nasihat serta penyelidikan berhubung isu masyarakat, politik, sosial, ekonomi dan pasaran. Kaji selidik terbaru itu dilaksanakan menerusi temubual di tempat awam, seperti pasar, masjid dan warung makan selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Mac lalu.
Lebih detail: Tandas Awam Pasar Jeli. Masjid Gua Musang. Warung Makan di Kedai Pengerusi JKKK kampung Awang Adek.
Dr Khairudin pernah bertugas sebagai perunding bebas di Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan pada 2006 dan melakukan kaji selidik terhadap kepemimpinan Kelantan. Beliau juga ditugaskan melakukan analisis keputusan pilihan raya umum pada 2004 dan 2008 mengikut Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk daerah mengundi dan saluran. Kajian berkenaan membabitkan 6,000 daerah mengundi dan 18,000 saluran mengundi yang mendapat pembiayaan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

FAKTA Keputusan Kaji Selidik Social Matrix Research

·         Datuk Nik Aziz Nik Mat – 48.3 peratus
   
·         Datuk Seri Mustapa Mohamed – 31.4 peratus 
·         Datuk Awang Adek – 9 peratus ·         Datuk Mohd Amar Nik Abdullah – 1.8 peratus
·         Datuk Husam Musa – 1.6 peratus 
·         Datuk Mohd Alwi Che Ahmad – 1.3 peratus 
·         Datuk Mohd Fatmi Che Salleh – 1.1 peratus

Apa-pun, ambil segala yang baik, tapis segala yang jahat atau basi, buang di Sungai Kelate. Walaupun SOCMAT sendiri hanya 10% nilai kebolehpercayaan, percayalah, Stadium Kelate tetap akan dibina di Pasir Putih, sebab Anuar Musa sudah takada pengaruh! HAHAHAHAHAHAHAHAH

"Jutaan dolaarrr sudah ku labur, bergelen peluh sudah kucurah, beribu geseran sendi sudah ku gerakkan, berbentuk-bentuk memek muka sudah ku tonjolkan, namun hajat untuk kembali bersinar di hati rakyat melalui bola sepak hancur, rakyat tetap tidak suka padaku. JAHANAM LAHANAT KAU SOCMAT!!!!~jeritan batin ANUAR...

1 comment:

  1. Saya tertarik dengan komen-komen you yang nampaknya amat emosional terhadap SOCMAT. Saya cuba menyokong komen you tetapi tidak ada satu statistik yang boleh membantu saya berbuat demikian. Apa yang saya jumpa statistik tentang you ialah you pun masih baru sebagai bloger, April 2011. Betul ke?

    ReplyDelete