Selama hayat kita di atas dunia, sekian lama telah kita terperosok dalam sistem yang memerangkap diri, hati, pemakaian, sosial, pendidikan, pegangan dan cara pemikiran kita.
Jika kita kaji balik, siapa sebenarnya mempunyai pengaruh besar dalam hidup kita? siapa yang bertanggungjawab mencorak cara pemakaian kita? apa yang membuatkan kita meminati sekian artis, atau sekian pasukan bolasepak, atau mana-mana idola di atas muka bumi ini? dan bagaimana?
Sekeliling kita sebenarnya wujud seberapa banyak sistem-sistem, yang samada secara sedar atau tidak membentuk siapa kita pada hari ini. Antara sistem-sistem tersebut, sosial adalah yang paling banyak mempengaruhi kita, secara positif atau negatif terutama ketika mengharungi 1/3 pertama fasa dalam hidup jangka hayat umat nabi Muhammad.
Sistem sosial lah yang menpengaruh penagih-penagih untuk mula bermain-main dengan rokok, ke peringkat membalut daun kering, hingga ke tahap menyediakan dapur bagi pil-pil kuda, seterusnya berjinak dengan sudu besi dan jarum membenam heroin ke dalam tubuh.
Sistem sosial juga berperanan besar dalam meningkatkan statistik buang bayi, seks bebas, pemakaian telanjang anak muda-mudi dan banyak lagi masalah-masalah yang memeningkan ibubapa yang concern.
persoalan kita sekarang, siapa yang menjaga sistem sosial?
sistem sosial dijaga dan dikawal oleh individu yang membentuk sistem terbabit. bermula dari orang perseorangan. masyarakat. rakyat. siapa yang bertanggungjawab memastikan individu terbabit didisplinkan supaya menyebar hanya tenaga-tenaga positif untuk diserap oleh benda-benda bernyawa disekeliling mereka? cikgu di sekolahkah? ibubapa dirumah? jiran-jiran? tok imam?
.
semua di atas. namun, yang lebih berkuasa adalah satu lagi sistem penting, iaitu media. TV, internet, suratkhabar, majalah. major media di negara kita Malaysia. dengan kuasa yang ada pada media, ia berupaya mencorak sesebuah masyarakat. Media seperti Astro mampu membuat sebuah keluarga menangis kerana Ana peserta AF mereka disingkirkan, dan seterusnya mengaut seberapa banyak keuntungan hasil dari undian terhadap peserta yang berada di ranking bawah untuk diselamatkan oleh para peminat. kisah penyingkiran tersebut seterusnya dibawa oleh sekeluarga terbabit ke sekolah, ke pejabat untuk dijadikan bahan bualan ringan atau berat, sekaligus menenggelamkan berita-berita seperti Revolusi Syria yang tidak menarik untuk diikuti. Media berperanan besar mencorak sistem sosial.
media yang lebih besar dari itu, internet atau pada trend skarang, Facebook. media ini berhubung rapat dengan sistem sosial dimana rangkaian Facebook dijadikan perantara menggantikan telefon dan surat-menyurat. Malahan, sistem hebahan pembatalan kelas kuliah sekarang menggunakan Facebook. berjam-jam dapat dihabiskan didepan laptop untuk membalas komen-komen, posting status baru dan menglike sesuatu gambar, sebagai salah satu cara baru bersosial menggantikan acara bergayut di telefon dan chatting di YM.
Tanpa KAWALAN.
kesemua diatas adalah perkembangan baru yang ada impak kepada masyarakat. Ada baiknya, NAMUN, tanpa kawalan ia boleh menjadi satu trend yang membimbangkan. Hanyut masyarat di dalam arus teknologi bermodalkan hiburan semata. Tiada langsung ilmu yang boleh dijadikan bekal untuk berpiknik di dalam kubur. hanya ilmu Pitching lari, tempo tidak betul dan ilmu-ilmu dunia, ambil contoh dari AF. Blog-blog gosip tumbuh bagai cendawan.
Jadi, bagaimana mengawal sistem media untuk mempengaruhi hanya dari sudut positif kepada sistem sosial, atau setidaknya mengurangkan impak negatif?
jawapannya ada pada Sistem Politik. pentadbir yang baik akan memastikan hanya hiburan yang layak diterima masuk untuk menjadi santapan tidak melarakan penonton. politik juga bertanggungjawab membentuk sistem pendidikan ke arah lebih mengutamakan akhlak dan disiplin diri pelajar dengan disiplin sebenar, iaitu ISLAM. hanya dengan Islam, dapat mengukuhkan hati-hati lembik anak-muda supaya tegas dalam menepis segala macam pengaruh negatif yang walaubagaimana di halang tetap datang dalam pelbagai bentuk. Pentadbir yang baik juga akan memastikan pengaruh media terkawal dari penembusan bahan-bahan yang tidak elok seperti pornografi terdedah kepada remaja.
Bebaskan diri dari dibelenggu sistem-sistem yang banyak merosakkan pemikiran anda dan anak-anak anda dengan merubah sistem PALING UTAMA, iaitu POLITIK, kepada pemerintah yang lebih bertanggungjawab, tidak korup, tidak mementingkan kantung sendiri, dan paling penting, TIDAK TUNDUK KEPADA AGENDA DAJJAL, serta mengamalkan SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM. ayuh kita mulakan SISTEM KHILAFAH ISLAMIYYAH di MALAYSIA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment