"Saya yang bercakap kepada Perdana Menteri. Saya bagi tahu dia, adalah idea yang bodoh bagi mengecap nombor siri.
"Saya bagi tahunya supaya hentikannya dan dia kata 'baik, saya setuju dan akan menghentikannya'. Jadi dia hentikan cap nombor siri itu.
"Jadi sekarang, tidak ada lagi benda-benda mengarut ini,” kata Taib.
Taib juga menafikan pengecapan nombor siri itu adalah arahan kerajaan pusat tetapi sebaliknya menyalahkan pegawai bawahan kerajaan negeri yang menyalah-tafsirkan arahan berkenaan.
"Pegawai bawahan saya yang salah tafsir. Apabila (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) menyedarinya, beliau juga sependapat, adalah lucu bagi mentafsirnya (seumpama itu),” katanya kepada wartawan.
wow! statement yg berani!
ini kamikaze punya cara.
peluru terakhir untuk menangkan sarawak.
melalui undi Christian.
besar hati paderi-paderi dengar kata-kata Taib.
tak mau langsung jaga hati Muslim ke Taib?
"alang-alang aku dah nak ditendang",kata beliau.
Saya telah melakukan perubahan di negeri ini sejak 50 tahun lalu. Orang ramai kini sudah semakin selesa. Mereka kini mempunyai taraf kehidupan lebih baik, gaya hidup yang lebih selesa. Kita mempunyai rangkaian jalan raya yang baik, kemudahan prasarana, sekolah-sekolah dan lebih ramai berpendidikan tinggi," katanya.
ini ayat burung cenderawasih di kayangan.
yang tak pernah rasa hidup macam gagak di hutan.
minyak tak pernah sendiri tuang.
nasik tak pernah sendiri tanak.
kereta tak pernah sendiri bawak.
keringat tak pernah setitik tumpah, atas nama mencari sesuap nasik.
ayat ini ayat syok sendiri.
dengarkanlah rakyat sarawak.
betapa aku tidak faham.
adakah Taib ni tak tau atau pura2 tidak tau.
perihal sebenar rakyat jelata.
orang ramai selesa?
jalan yang baik?
taraf hidup lebih baik???
hanya Sarawakian yang boleh menilai diri mereka, masyarakat mereka, taraf kehidupan keluarga mereka.
tapi yang jelas dan nyata dari pandangan mata kita semenanjung, ayat TAIB ayat BOHONG!
-sumber: malaysiakini

No comments:
Post a Comment