Salah satu kolum akhbar paling banyak memaparkan isu SEKS dan SOSIAL dan GOSIP iaitu METRO pada hari ini ada memaparkan satu artikel tentang masalah sosial yang semakin parah dan membusuk di kalangan pemuda-pemudi peringkat remaja.Tumpuan utama kepada pencegahan di berikan terus kepada ibubapa. YA! ssiapa pun di atas muka bumi ini akan bersetuju dengan kenyataan bahawa ibubapa merupakan perancang utama dalam menentukan pergerakan masa depan anak-anak mereka.
Namun ketika usia mereka meningkat remaja, sudah tentu amat sukar bagi Pak Man dan Makcik Joyah memantau anak beliau Ross, terutama ketika gadis berkenaan berada di sekolah, atau dimana2 saja yang melangkaui kawasan bidang jagaan mereka. Sememangnya Pakman sudah habisan-habisan cuba memakaikan pakaian sosial yang terbaik kepada Ross ketika dia dirumah, begitu juga dengan Makcik Joyah, sudah sehabis usaha mendidik Ross dengan adab Islam, namun pakaian tersebut dan adab tesebut diconteng, digunting dan ditelanjangkan kembali di sekolah bersama rakan-rakan, juga ketika bersosial di kelab tarian gelek yang disertai Ross ketika usia beliau masih remaja.
Oh, jika begitu, salah sapa? salah kerajaan?
Di sini, tidaklah begitu berminat aku tumpukan permasalahan ini kepada ibubapa. Kerana bukan mudah hendak membentuk minda ibubapa supaya lebih tegas mendidik anak-anak dengan kembali kepada ajaran Islam. Bukan mudah.
Apa sumber utama PENYEBAB rambut anak-anak muda kita menjadi kuning, PUNCA paling tepat kenapa besi dan plastik melekat di hidung dan lidah mereka, FAKTOR sebenar bayi yang comel di letak didalam botol nescafe dan dihanyutkan kedalam sungai. Serta banyak lagi permasalahan-permasalahan sosial yang berlaku, bermula dari pakaian luar mereka, cara berfesyen, masuk sikit ke dalam iaitu ketidakadaperasaan MALU dan bersalah terhadap kelakuan mereka, cara percakapan mereka dengan sesiapa terutama orang yang lebih tua, dan output kepada segala yang tersebut seperti ZINA DITEMPAT AWAM dan BUANG BAYI.
Buminathan cashier KAMAL CORNER pun tau kerosakan remaja-remaja rata-rata MELAYU.. (kamal corner terletak berdekatan universiti ini TOLONG MELAYU, shah alam.)
aku: xrindu kampung ke?
bumi: adala, sikit-sikit. itu tahun depan ada nak balik jugak laaa, kawin...
aku: kawin je la sini. ramai gadis2 hot sini.
bumi: aaaa itu tara boleh aaa... sini perempuan banyak rosakkk...
aku: kenapa u cakap macam tu???
bumi: u tengok sendiri boleh tau aaa.. itu perempuan sekejap situ sana sini pastu, (sambil menggelengkan kepala dan membuat isyarat tangan tapak tangan mengadap ke langit, mencebik bibir, mata memandang aku)
aku: xpaham.
bumi: aparrraaaa... itu perempuan sini aaa... 2 kali bawak jalan aaa.., naik kereta, sudah boleh aaaaaa... sana itu madras, kolej student (pandai gak cakap matleh) mana boleh jalan sama-sama itu macam. kena ada mak atau appa...
malu aku pada buminathan, rakyat MADRAS beragama HINDU...
punca utama adalah sistem PENDIDIKAN dalam pentadiran SEKULAR yang mengasingkan AGAMA dan POLITIK. politik adalah pentadbiran. Islam adalah agama wahyu dari Allah. jika pentadbiran barat mentadbir agama, jadilah seperti kuasa RAJA MELAYU pada zaman kemasukan BRITISH di Tanah Melayu. Raja hanya bertindak menjadi penasihat kepada gabenor tentang adat istiadat melayu dan agama islam. Segala sistem ekonomi, perundangan dan pendidikan KAFIR yang pegang. itu dulu. sekarang kerajaan kita kerajaan ISLAM.? ? jauh panggang dari api.
Islam ikut cara ROSS berfikir, itulah jadinya. Sekarang, cuba letak Islam sebagai pentadbir. Islam memandu pentadbiran. All-in. Sepenuhnya. Ekonomi tanpa sistem Riba. Pendidikan dengan ilmu tauhid. Sains dikaitkan dengan agungNya ciptaan Allah. Sistem penyebaran maklumat yang menyekat unsur-unsur Dajjal seperti yang kerap dimainkan dalam video klip-video klip MTV dan V.
so, jadi, oleh itu, apa yang kita boleh buat. yang pertama tanya diri sendiri, apa yang AKU boleh buat? aku tak boleh buat apa2, nak nasihat, kena nasihat balik. sementara diri pun dalam proses PERUBAHAN dan masih tidak berani join program HISBAH dan TABLIGH, ada baiknya buat masa ini, FIKIR dulu. FIKIR tentang masalah ini pun sudah membuatkan kita INSYA ALLAH, terkeluar dari golongan yang gelap hati. serulah orang-orang sekeliling anda FIKIR tentang masalah sosial yang parah. MULAKAN dengan FIKIR, NILAI, KAJI, PERHATI. insyaAllah, Allah akan buka pintu hati dan menjentik se titik ilham ke dalam hati kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment