30,000 manusia jin dan makhluk halus berhimpun di dataran tahrir versi sarawak... ada apa yang menarik di sana? sampai mengalahkan konsert double trouble wings dan search ni? justin bibir pun tak rasa konsert ia akan menghampiri angka ini... kan bibir kan?? kan??
*gambar dipau dari malaysiakini
apa yang menarik? lim guang eng? hensem la jugak, tp takkan sampai 30k nk tgk lim guang eng? ceramah pun bukan best sangat.. Nga Kor Ming?? lagi tak popular... calon Padungan Wong Kim Wei?? aku tak rasa beliau ada aura kuat...
aku pun sebenarnya tak pasti kenapa rakyat sarawak especially kuching berpesta sakan... tapi menurut kata hatiku jauh di semenanjung, sarawak akan mendapat kerajaan baru esok... memang di mana2 pilihanrya sebelum ini, sekalian manusia mendominasi ceramah pakatan rakyat walaupun undi memihak kepada BN. tp kali ini aku dapat rasakan aura perubahan dari sarawak. walaupun dipisahkan sejauh 2jam flight, diasingkan sedalam laut china selatan, dijarakkan dengan perbezaan bahasa dan adat, aku dapat rasakan aura itu.
berubahlah sarawak, tunjukkan kepada mereka-mereka yang angkuh dengan kemewahan dan kekayaan yang bukan milik mereka, bahawa kuasa sebenar ada anda, iaitu pemegang hak tanah-tanah yang dirampas, pemilik sebenar balak-balak yang ditebang, berubahlah sekalipun bukan untuk diri kamu, fikirkan hak anak-anak kamu, cucu-cucu kamu dan sekalian orang yang berhak kepada apa yang dinamakan hak.
berubahlah sekarang, kalaupun tidak mahu sekarang, berubahlah esok ketika betul2 masa mengundi, time nak pangkah, slow2 cari lambang bulan, tak kira la bulan sabit, bulan purnama atau roket yang digunakan untuk menghantar angkasawan ke bulan. cari pasal bulan. bulan.bulan.bulan ya bulan!!! sematkan dihati dikau para pengundi, BULAN. cari BULAN! BULAN PURNAMA, BULAN SABIT, mahupun ROKET KE BULAN!!!
SARAWAKIAN! TO THE MOON!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment