Bui kain paka bui gula kuca bui sekut cicoh bui nasik mamoh, tapi undi tetap pakoh bule!
Salam 1malaysia.
Kenapa tidak ayat yang bertuntas dari tok guru nik aziz, dan baru semalam dikeluarkan semula oleh Khalid samad di atas diguna pakai secara meluas di PRN Sarawak. Ayat ini begitu terkena kepada masyarakat Sarawak, terutama di pedalaman yang lebih melihat material sama seperti rata-rata orang asli yang memenangkan PRK Dun Galas, orang-orang felda di Tenang serta Kerdau.
Ayat tersebut adalah hasil pemikiran yang begitu bersahaja dikeluarkan oleh Tok Guru, kalau tidak silap pada pru 10 1999, ketika mana BN begitu keras kerja mereka menghambur kekayaan Negara kepada rakyat di seluruh peti undi. PAS yang memang diketahui parti miskin material pada ketika tersebut sudah tentu tidak mampu menangkis serangan material kepada pangundi2, selain dari hanya menabur janji-janji manifesto serta seruan ke arah penubuhan Negara islam.
Bahkan, kerana kemiskinan PAS, saya masih ingat bagaimana petugas-petugas yang bertanggungjawab menggantung poster dan bendera hanya dibekalkan dengan air sirap dan karipap sahaja. Mujurlah ada tangan-tangan ghaib yang memberikan sekantung rokok dan lighter merah Dunhill untuk menemankan malam mereka. Begitulah miskinnya parti PAS ketika itu.
Umum sedar dengan fakta PR tidak termampu untuk melawan BN dari segi material. PR gagah dari segi semangat petugas. Tapi kita harus menerima hakikat bahawa rakyat Sarawak di pedalaman tiada akses kepada internet, tidak ambil tahu tentang rasuah berjuta-juta Taib Mahmud, tidak ambil tahu tentang beribu-ribu ekar balak yang ditebang secara rakus, tidak ambil tahu apa-apa pun tentang apa-apa saja hal luar dari kampong mereka. Jadi penerangan dari flyer, ceramah yang member kesedaran tentang maklumat yang jarang-jarang masuk ke telinga dan minda mereka harus dikonkritkan dengan ayat tok guru di atas. Yang mereka tahu dan ingin sangat ambil tahu hanyalah berkisar tentang apa breakfast mereka, apa kandungan hamper yang ditinggal didepan rumah mereka, berapa ekor ayam (atau babi) diperuntuk untuk barbeque kampong mereka serta perjalanan mereka ke peti undi samada naik helicopter Nuri buruk atau sekadar Ford Ranger yang juga buruk.
apapun kesan dan hasilnya, jika meraih undi, mencula, menampal poster, menjunjung bendera dan lain-lain di buat kerana Allah, kemenangan sentiasa berpihak kepada anda!


No comments:
Post a Comment