Wednesday, 6 April 2011

Mengejutkan! Pisang di SPRM berbuah dua kali!!


Terjatuh, menjatuh atau dijatuhkan. Tidak kira apa yang berlaku ke atas Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, pasti semua akan tertumpu pada SPRM. Ketika kes Teoh Beng Hock masih berjalan di mahkamah, kematian  Penolong Pengarah Kastam Selangor itu di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane pula meraih perhatian, memenuhi ruangan wall facebook dan menjadi bualan kedai kopi. 

2 kes kematian dengan sebab yang sama, berlaku di pejabat SPRM. Jadi, sudah tentu kes ini menimbulkan keraguan, ataupun setidak-tidaknya menunjukkan betapa SPRM tidak belajar dari kesilapan, seperti kata Majlis Peguam. 

Namun apa-pun spekulasi yang akan terbit, aku teringat satu peristiwa berlaku di Amerika yang disiar di Channel Discovery. Frank Olson, pakar biologi US Army pada tahun 1953 telah ditemui mati dan polis mengklasifikasikan kematian beliau sebagai bunuh diri. Namun pada tahun 1994, mayat dikorek balik dan setelah bedahsiasat kali ke 2 dijalankan, doktor mendapati keadaan pada mayat menemukan kecederaan teruk pada kepala dan dada. Kumpulan doktor terbabit mendapati keceraan tersebut tidak mungkin berpunca daripada jatuhan dari tempat tinggi. Besar kemungkinan kecederaan tersebut berlaku dalam bilik sebelum Frank jatuh. Berdasarkan penemuan tersebut, mahkamah membuka semula siasatan kes bunuh, namun tidak dapat membuat sebarang pertuduhan kerana kekurangan bukti. Jelas terang lagi bersuluh ini adalah penglibatan CIA.

Berikut adalah petikan dari CIA assassination manual

“The most efficient accident, in simple assassination, is a fall of 75 feet or more onto a hard surface. Elevator shafts, stair wells, unscreened windows and bridges will serve. Bridge falls into water are not reliable. In simple cases a private meeting with the subject may be arranged at a properly-cased location. The act may be executed by sudden, vigorous [excised] of the ankles, tipping the subject over the edge. If the assassin immediately sets up an outcry, playing the “horrified witness”, no alibi or surreptitious withdrawal is necessary. In chase cases it will usually be necessary to stun or drug the subject before dropping him. Care is required to insure that no wound or condition not attributable to the fall is discernible after death. “

Korang baca dan translate mengikut kadar pemahaman masing-masing.

Sekadar berkongsi. Al-fatihah kepada Allahyarham.

No comments:

Post a Comment